Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuaaa 💟
Apa khabar tu? Semua sihat sihat saja? hihi alhamdulillah kalau sihatt
Anis demam selsema 2 hari lepas berjangkit dengan roomate 😷
hahahaha tapi takpe, kita kenal kekal positif! ingat selalu, dengan sakit, Allah nak kita ingat dia selalu, jadi selalu lah doa pada Dia memohon afiat dan keberkatan dalam setiap aktiviti kita.
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang-Nya 💝
hihi okay seperti yang dijanjikan dalam post yang sebelum ni, Anis nak share pada semua resipi sayur bayam ungu masak lemak nyummyy
sebelum tu, ada orang panggil bayam ungu, ada orang panggil bayam merah, eh confious pulak anis hahahaha tapi anis tanya roomate anis, dia panggil bayam merah ke ungu? lepastu dia kata ungu. Ha okay laa, anis ada gengg hahahahahaha
Okaylah, jom ketuk ketuk dapur dengan anisss hihi
Bahan bahan:
200g santan
Seikat bayam ungu
1 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
Garam
Bahan * lebih sedap ditumbuk, tapi kalau malas tumbuk, bawang hiris hiris aja, dan ikan bilis campak je dalam periuk hee
Cara cara
1) Panaskan santan di dalam periuk
2) Masukkan bahan bahan yang telah ditumbuk dan kacau
3) Tambah air secukupnya
4) Masukkan sayur bayam dan hirisan cili
5) Masukkan garam secukup rasa
wallaaa, siapppp 😎 mudah kan?
sedap diknonnnn
meh anis share experience anis time masak resepi ni haaa
time tu, anis google je, tapi ramai yang guna isi ikan rebus, so anis inovasikan dengan tumbuk ikan bilis. Lepastu, alhamdulillah umi kata sedapp sebab anis tumbuk bawang bawang dan ikan bilis tu, so dia berasa laa haa ayah pulak tak makan sangat tau sayur ni sebab gout katanya. Tapi sebab tergoda sebab nampak menarik, ayah jamah jugak sikit dan berikan komen yang memuaskan hihi alhamdulillahhh
korang korang jangan lupa try yaaaa
okay, selamat mencuba! 💚
moh le kita berasapkan dapur di rumah tu dengan resepi resepi awesome anis ;) ayuhhhh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bendi Goreng Telur
Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...

-
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuaaa 💟 Apa khabar tu? Semua sihat sihat saja? hihi alhamdulillah kalau sihatt Anis demam selsema...
-
Assalamaulaikum semua 💟 Harini anis nak share resepi baru dengan anda semua. Resepi ni anis kenenkan sekali dengan Ikan Goreng Berlada ...
-
hai semuaaaa 🌷 minggu lepas anis ada family day untuk keluarga besar belah umi 💓 ni gambar keluarga besar Anis yang berapa nak besar...
-
Bak kata orang tua tua, tak kenal maka tak cinta, ya dak 😚 so marilah kita berkenalan hihi Nama penuh Anis, Anis Afiqah binti Asri, boleh ...
-
Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...
-
Bismillahirahmanirahim 🌸 Hello semuaaaa, hihi excited tak nak tau apa 1st resipi yang Anis nak share dengan korang semua! Okay, Anis nak...
-
Hello everyoneeee 🌻 anis excited ni haa nak share resipi kedua anis dengan uols semuaa hihi btw minggu ni anis agak busy dengan assignme...
-
Hello hello hai semuaaaaa 🌹 hihi soooo, anis nak throwback sikit. haritu anis balik rumah time weekend sebab tak banyak kerja lagikan. ...
Sedap sangat! Terima kasih :)
ReplyDelete