Friday, September 6, 2019

Ayam Goreng ala ala KFC! Nyummmm

Bismillahirahmanirahim 🌸

Hello semuaaaa, hihi excited tak nak tau apa 1st resipi yang Anis nak share dengan korang semua!
Okay, Anis nak share cara nak buat Ayam goreng ala ala KFC! emmm sedap tauuu.

Adik bongsu Anis suka betul! Tambah tambah nasi dia makan hahahahaha alhamdulillah
So ibu ibu boleh try menu ni untuk naikkan selera anak anak
Akak akak dan adik adik pun boleh try juga untuk naikkan selera sendiri! hihi apa salahnya masak sedap sedap untuk puaskan tekak sendiri ye dok hehe

Okay jom start!

Bahan utama:
6 ketul ayam
sebiji telur

Bahan A:
1 sudu rempah kari
1 tbsp garam
1 sudu gula
black pepper secukup rasa

Bahan B (crispy part):
tepung gandum
1 sudu garam

Cara cara:
1. gaulkan bahan bahan A pada ayam dalam satu bekas
2. perap ayam yang telah digaul tadi (lagi lama, lagi sedap tau!)
3. selepas dah perap, sebelum goreng, bancuh bahan B dalam bekas lain.
4. pecahkan sebiji telur dalam ayam yang sudah diperap tadi
5. panaskan minyak
6. celup ayam yang telah disalut telur ke dalam tepung, dan goreng!


tadaaaaa, ha dah siapp nyumm nyumm nampak sedap kann

dia rasa lembut di dalam tapi crunchy crunchy di luar tauuu memang best gilaaa

soooo, jangan lupa try yaaaa 💜

No comments:

Post a Comment

Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...