Nama penuh Anis, Anis Afiqah binti Asri, boleh panggil anis je okayy, lebih mesra gituu
Anis anak sulung daripada 4 adik beradik, 2 lelaki 2 perempuan. So, perwatakan kakak sulung ni biasa la yaa, garang garang tegas gituu ahahahaha tapi anis juga seorang yang peramah yaa, jangan risau π
ha tu anis payung sikit gambar anis hahaha maaf la blur, anis ni pemalu orangnya π
anis dilahirkan pada 27 Februari di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, Johor. Haaa, anis lahir di Johor tapi dibesarkan di Selangor. Jadi jangan la tanya Anis pasal Johor ya, sis tak tau hahahaha Anis ni macam Johor murtad gitu hahahaha
Time anis umur setahun lebih macam tu, umi dan ayah pindah ke Selangor, so tak lama lah kan Anis duduk di Johor tu.
Anis cerita sikit time anis kecik kecik, anis buas yakmat ya, sampai time baru sampai rumah baru di Selangor tu,anis patahkan periuk umi la, buat sepah barang la, end up umi ayah geram, umi ayah masukkan anis dalam kotak and bagi anis mainan bagi duduk diam diam dalam tu π hahahahahaha
ni keluarga tercinta aniss, hihi tinggi melonjar ya semua hahahaha umi ayah punya gene tinggi tinggi belaka jadi terhasil lah kami anak anak yang tinggi tinggi juga hahahaha tinggi anis berapa tau? 173! tinggi kan? π
alhamdulillah, sekarang Anis berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Sains Matematik. Two more semesters to go π Doakan Anis berjaya habiskan pelajaran Anis dengan jayanya ya! hihi terima kasih π semoga urusan kalian juga sentiasa dipermudahkan yaa aminnnn
okay, hobi anis pulak, anis sejak sejak dah besar ni, almaklumlah dah 19 tahun kan π jadi anis mula menjinak jinakkan diri di dapur hahahaha so since that, anis suka la memasak dan cuba macam macam! anis try macam macam resepi tau lepastu anis mintak umi dan ayah anis rasa dan komen hahahahah ayah hebat memasak tauu ala ala chef gitu jadi apa apa mintak komen umi dan ayah la.
ada yang kena reject, ada yang accept, biasa la tu kan hahaha tapi kalau kena reject, anis tak berputus asa, anis try lagi sampai puas hati π
soo, anis menyeru semua yang di luar sana terutamanya anak daraa, meh la kita belajar memasak, boleh try resipi resipi simple anis dulu π
ayuhhhhh π
No comments:
Post a Comment