Friday, September 6, 2019

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap!

Hello everyoneeee 🌻

anis excited ni haa nak share resipi kedua anis dengan uols semuaa hihi
btw minggu ni anis agak busy dengan assignment assignment dan kelas ganti huhu tapi takpe! susah susah dahulu, bersenang senang kemudian!

sooo, kepada adik adik yang berada di sekolah menengah mahupun awak awak di alam universiti, kita kena sentiasa positif dan rajin supaya kejayaan milik kita. insyaallah aminnnn

fighting semuaaaa 💪

okay harini, anis nak share resipi ayam masak merah yang mudah dan sedap dan marvellous nyummy nyummm menjilat jariii hihi

anis suka makan ayam masak merah yang ada bawang besar banyak banyak tu tau emmm sedapp hihi

oh sebelum tu, haritu tok (nenek belah ayah) anis cerita, ayam masak merah ni ada dua jenis, satu masak merah satu masak ros. So anis tanya la kan apa beza masak merah dengan masak ros. Lepastu, tok cakap beza dia, masak merah ada bawang bawang, masak ros kosong jee

So, kiranya beza ada hiasan je la kan? hahahahaha okay tak kisahlah, kiranya, mengikut ilmu dari tok, anis suka ayam masak merah la. Sebab bila kita kunyah bawang bawang tu emmmm krup krap krup krap barulah beraktiviti sikit mulut kita ya dak hahahahahaha

Okaylah, penat dah ni bebel. Jom starttt 😍

Bahan bahan:
1) Ayam 6 ketul yag telah digoreng tidak terlalu garing
2) 2 1/2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan korang, tapi cili kisar umi buat wuuuu berapi hahahaha)
3) 1 sudu kecil garam
4) 1 sudu besar gula
5) 2 sudu besar sos cili atau secukupnya
6) 2 sudu besar sos tomato  atau secukupnya
7) 2 biji bawang merah besar (hiris) (nak guna bawang holland pun boleh, tapi rumah anis takde bawang holland, so kita guna bawang besar hehe) (oh, and bawang ni iku korang, anis kan suka banayak bawang, so anis lebihkan sikit, kalau korang tak gemar sangat, boleh kurangkan ya)
8) 2 sudu besar santan

Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga masak
2) Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak.
3) Masukkan gula dan garam, kacau hingga rata.
4) Masukkan sos tomato, sos cili. Kacau
5) Kemudian masukkan santan dan sedikit air, kacau lagi.
6) Last sekali, masukkan bawang yang telah dihiris tadi dan kacau sehingga sedikit layu
7) Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dann wallaaa siapppp


haa, meh jemput tengok ayam masak merah aniss, nampak menyelerakan kan?

haritu, anis maask ayam mask merah ni dengan sayur bayam purple masak lemak (next post anis share resipi okay! nantikann 😘) untuk dinner, amboiii bertambah tambah nasi umi ayah dan adik anis hihi

anis tanya ayah, macam mana anis masak? okay tak? lepastu ayah cakap kurang sikit la kak, tak puass, nanti banyakkan sikit kuah dia ehh

amboiii, bagai di awang awangan anis dibuatnya hehehe

okay lah, anda anda semua jangan lupa try yaa dan boleh komen di ruangan komen bagi feedback pada anis okayyy

Selamat Mencuba! 💞

























No comments:

Post a Comment

Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...