Saturday, September 7, 2019

Family Day!

hai semuaaaa 🌷

minggu lepas anis ada family day untuk keluarga besar belah umi 💓

ni gambar keluarga besar Anis yang berapa nak besar ni hehe

seronokkk, banyak aktiviti yang kami buat ramai ramai 

video di bawah ni moment kami makan beramai ramai time bbq pada malam hari 💟


umi ada 8 adik beradik, 3 dah meninggal (innalillahiwainnailaihirrajiun, alfatihah) jadi family day kami gather 5 keluarga besar tapi ada anak anak yang tak dapat datang sebab belajar dan kerja. Tapi kami tetap have fun bersama 😊

Jadi, tujuan anis cerita dengan korang semua pasal family day Anis ni sebab Anis nak share pengalaman Anis buat lemang! hee menarikkkkk

so jommm

mula mula pokde Anis dah carikan buluh dan daun pisang

kaum kaum lelaki pun dah bergotong royong cari kayu api untuk tempat bakar lemang


lepastu ayah Anis ajar cara nak masukkan daun pisang dalam buluh! menarikkk 👍
mula mula kena siat dulu daun pisang tu, lepastu belah dua batang daun pisang tu untuk jadikan alat untuk kita masukkan daun pisang dalam buluh lemang tu nanti.

so, kita kena ukur panjang mana kita nak untuk daun pisang tu, panjang dia depends on panjang buluh lemang tu tau

ha lepastu gulung dia guna batang pisang yang kita dah belah tadi and masukkan dalam buluh lemang

eh! sebelum tu, buluh lemang tu kena ketuk sikit supaya tak ada benda kotor dia dalam dia sebab pernah ada kes tau!

orang beli lemang dalam dia ada bangkai ular dan katak huhu nauzubillah

jadi pentingnya untuk bersihkan dulu dalam buluh lemang tu sebelum kita masukkan daun pisang


okay anis payung sikit gambar anis potong daun pisang tu 😝 lepas ayah ajar, ayah tinggalkan je saya buat sorang sorang! huhu sangat mencabar ya sebenarnya

kita kena sabar dengan daun pisang ni. kalau tak sabar, ganas ganas, ha nanti daun tu pecahh. So bila dah pecah, tak boleh guna dah la. Dah rugi daun haaa


ni antara buluh yang anis dah berjaya letak daun pisang! hahahaha more to go tauuu. ada banyak batangggg 😆


meanwhile, pakteh jadi tukang kacau rendang ayam hee sedap tau rendang ayam ni marvellouss nyummm! resepi by teh hee

okay, lepastu bila dah siap masukkan daun pisang dalam buluh. kita akan masukkan beras pulut (make sure basuh dulu tau hehe)  dalam 6/7 genggam. Depends pada panjang dan besar buluh tu lah


ha lepastu kita masukkan santan pulak sampai beras pulut tu tenggelam.

santan ni umi, maknjang dan teh perah sendiri tau! sebab santan yang acik bawak lupa nak masuk dalam peti time mula mula sampai so basi! huhu bazir je kann

sooo, pelajaran yaa! santan tak boleh letak lama lama kat luar nanti masammm 😅

okayy lepastuu, dah siap masukkan berass dan santann

we're ready to goooo 


dah boleh bakarrr hihi

alhamdulillah menjadi lemangnyaaa, so lepas ni boleh hire anis bakar lemang untuk korang okay 😆

tapi takde gambar dah siap masak lah sebab teruja sangat semua orang makan, maaf ya 😅

jadiii, maaf lah yaaa, post ni kita lari topik sikit, tapi korang still gain at least roughly kan macam mana nak buat lemang ni hihi nampak mudahkan? tapi renyah jugak sebenarnya

hahahaha okay itu sajaaa, bye semuaaa 💖

No comments:

Post a Comment

Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...