Saturday, September 7, 2019

Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum semuaaa 🌱

nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi

and also korang tak bosan lah ya nak cuba resepi resepi yang anis share pada setiap post  🙈

okay anis nak cerita ni, harini anis ada kelas intensif MUET tau. Anis ambil MUET sesi 3. So, hari ni dan esok ada kelas intensif. Korang doakan lah anis berjaya score MUET anis sekurang-kurangnya band 4 ya aminnn 🌹

okay lunch tadi anis pergi makan dekat kafe tau lepastu anis nampak ada lauk sayur bendi tapi rupa dia tak menarik sangat tau 😅

so anis terus teringat dekat bendi goreng telur yang umi buat huhu rindunyaa masakan umi ayahh (eceh, padahal baru 2 minggu lepas balik 😅 tapi kira dah lama la kann tuuu hahahaha) 

sooooo, anis nak la share dengan korang keenakan bendi goreng telur yang umi buat ni hehe

tapi sebelum tu, umi ada ajak tips sikit kalau nak masak bendi ni

bendi ni kita boleh nak siang dia awal awal macam kita siang sayur lain tau, sebab bendi ni dia cepat berledir

so bila nak potong bendi ni? ha potong bendi ni bila kita dah siap tumis semua, potong terus masuk kuali haaa macam tu laa

oh btw tetiba anis teringat pulak bendi celur cicah budu allahu kecur air liurnyaaa

hahahahaha okay okay fokus menu kitaaa, BENDI GORENG TELUR 😋

Bahan bahan:
1) 15 biji bendi (potong nipis secara serong)
2) 2 biji telur (dipukul)
3) Garam secukup rasa

Bahan kisar
1) 3 tangkai cili merah (buang biji)
2) 2 ulas bawang merah
3) 1 ulas bawang putih

Cara cara:
1) Panaskan minyak
2) Tumis bahan kisar sehingga naik bau
3) Masukkan bendi dan kacau
4) Masukkan garam secukup rasa
5) Curahkan telur apabila bendi dah separuh masak
6) Biarkan telur separuh masuk then kacau
7) Biarkan sekejap sehingga sedikit kering
8) Sedia untuk dihidang!


taraaaa siap dahh bendi goreng telur kitaaa nyumm nyumm

sedap makan dengan nasi panas panas letak kicap dan sedap jugak diratah begitu sahajaaa 

fuhh marvellouussss

hihi selamat mencuba semuaaa 💕

Family Day!

hai semuaaaa 🌷

minggu lepas anis ada family day untuk keluarga besar belah umi 💓

ni gambar keluarga besar Anis yang berapa nak besar ni hehe

seronokkk, banyak aktiviti yang kami buat ramai ramai 

video di bawah ni moment kami makan beramai ramai time bbq pada malam hari 💟


umi ada 8 adik beradik, 3 dah meninggal (innalillahiwainnailaihirrajiun, alfatihah) jadi family day kami gather 5 keluarga besar tapi ada anak anak yang tak dapat datang sebab belajar dan kerja. Tapi kami tetap have fun bersama 😊

Jadi, tujuan anis cerita dengan korang semua pasal family day Anis ni sebab Anis nak share pengalaman Anis buat lemang! hee menarikkkkk

so jommm

mula mula pokde Anis dah carikan buluh dan daun pisang

kaum kaum lelaki pun dah bergotong royong cari kayu api untuk tempat bakar lemang


lepastu ayah Anis ajar cara nak masukkan daun pisang dalam buluh! menarikkk 👍
mula mula kena siat dulu daun pisang tu, lepastu belah dua batang daun pisang tu untuk jadikan alat untuk kita masukkan daun pisang dalam buluh lemang tu nanti.

so, kita kena ukur panjang mana kita nak untuk daun pisang tu, panjang dia depends on panjang buluh lemang tu tau

ha lepastu gulung dia guna batang pisang yang kita dah belah tadi and masukkan dalam buluh lemang

eh! sebelum tu, buluh lemang tu kena ketuk sikit supaya tak ada benda kotor dia dalam dia sebab pernah ada kes tau!

orang beli lemang dalam dia ada bangkai ular dan katak huhu nauzubillah

jadi pentingnya untuk bersihkan dulu dalam buluh lemang tu sebelum kita masukkan daun pisang


okay anis payung sikit gambar anis potong daun pisang tu 😝 lepas ayah ajar, ayah tinggalkan je saya buat sorang sorang! huhu sangat mencabar ya sebenarnya

kita kena sabar dengan daun pisang ni. kalau tak sabar, ganas ganas, ha nanti daun tu pecahh. So bila dah pecah, tak boleh guna dah la. Dah rugi daun haaa


ni antara buluh yang anis dah berjaya letak daun pisang! hahahaha more to go tauuu. ada banyak batangggg 😆


meanwhile, pakteh jadi tukang kacau rendang ayam hee sedap tau rendang ayam ni marvellouss nyummm! resepi by teh hee

okay, lepastu bila dah siap masukkan daun pisang dalam buluh. kita akan masukkan beras pulut (make sure basuh dulu tau hehe)  dalam 6/7 genggam. Depends pada panjang dan besar buluh tu lah


ha lepastu kita masukkan santan pulak sampai beras pulut tu tenggelam.

santan ni umi, maknjang dan teh perah sendiri tau! sebab santan yang acik bawak lupa nak masuk dalam peti time mula mula sampai so basi! huhu bazir je kann

sooo, pelajaran yaa! santan tak boleh letak lama lama kat luar nanti masammm 😅

okayy lepastuu, dah siap masukkan berass dan santann

we're ready to goooo 


dah boleh bakarrr hihi

alhamdulillah menjadi lemangnyaaa, so lepas ni boleh hire anis bakar lemang untuk korang okay 😆

tapi takde gambar dah siap masak lah sebab teruja sangat semua orang makan, maaf ya 😅

jadiii, maaf lah yaaa, post ni kita lari topik sikit, tapi korang still gain at least roughly kan macam mana nak buat lemang ni hihi nampak mudahkan? tapi renyah jugak sebenarnya

hahahaha okay itu sajaaa, bye semuaaa 💖

Friday, September 6, 2019

Sup Sayur Campur

Assalamaulaikum semua 💟

Harini anis nak share resepi baru dengan anda semua.

Resepi ni anis kenenkan sekali dengan Ikan Goreng Berlada Hijau haritu. kalau nak tau menunya boleh rujuk di post Anis yang sebelum ni ya.

So menu kali ni adalahhhhhh........ SUP SAYUR CAMPUR hehe

nyum nyum anis suka makan sup sup ni tau lagi lagi kalau dia panas panas

oh btw, anis teringin nak masak sup sayur kalini sebab haritu hpusemate anis masak sup sayur lepastu dalam dia ada tauhu telur uishhh memang besttt

so Anis balik nak buat lah, tapi Umi cari tauhu telur tak jumpa, semua kedai dah habis huhu

btw, sedikit info tambahan hehe dalam sup ni kita boleh letak apa jenis sayur je tau, tak kisahhh

brocoli ke jagung frozen tu ke, sawi ke, carrot ke, mushroom ke, telur ke, kacang pis ke, haa apa apa aje yang terlintas di deria rasa korang hehe

so anis tak letak telur sebab ayah tak gemar sangat makan sup telur, jadi jom anis share pada korang apa je yang Anis letak dalam sup anisss

Let's starttt 💥

Bahan bahan:
1) ayam potong kecik kecik
2) 1 biji bawang merah besar (hiris)
3) 3 ulas bawang putih (hiris)
4) garam secukupnya
5) sawi
6) setengah carrot
7) fishball 10 biji (belah 3)
8) ladang hitam tumbuk (jangan banyak sangat takut panas badan)
9) suun

Cara cara:
1) panaskan minyak di dalam periuk
2) tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga naik bau
3) masukkan ayam sehingga separuh masuk
4) masukkan sayuran
5) masukkan serbuk lada hitam
6) masukkan garam secukupnya
7) sedia untuk dihidang!

gambar ihsan google
huhu sekali lagi gambar ihsan google je, maaf ya. anis tak sempat nak snap haritu. Tapi macam sup dekat atas ni lebih menarik lah, dia masukkan brocoli dan bunga kobis haaa lagi banyak sayur lagi menarik tauuu

marilah kita mengamalkan pemakanan gaya sihat hehe tak rugi tau makan sayur 😘

okay, selamat mencuba yaaa 💜



Ikan Goreng Berlada Hijau

Hello hello hai semuaaaaa 🌹 hihi

soooo, anis nak throwback sikit.

haritu anis balik rumah time weekend sebab tak banyak kerja lagikan. almaklumlah rumah dekat hehe

lepastu umi ajak anis masak masak, anis pun macam haaa boleh laa, jommm

so kami pun shopping barang nak masak dekat Segi Fresh.

Umi tanya anis nak masak apa, anis macam hmmm nak try masak ikan lah sebab haritu kan dah masak ayam hee

sooo, anis decide nak masak Ikan Goreng Berlada Hijauuuu 🐟

hee soo, jom anis sharekan resipinya!

Bahan bahan:
1) 1 biji bawang besar merah (hiris)
2) 3 ulas bawang putih ( hiris)
3) 4 ekor ikan kembung (lumur garam kunyit dan goreng) (anis punya ikan time tu comel comel lote aje hehe)
4) Garam
5) Buah tomato (potong dadu)

Bahan kisar:
1) 3-4 batang cili hijau
2) 4 tangkai cili padi

Cara cara:
1) Tumis bawang merah dan bawah putih sehingga layu
2) Masukkan bahan yang telah dikisar
3) Kacau rata sehingga pecah minyak
4) Masukkan garam, tomato dan ikan yang telah goreng
5) Sedia untuk dihidang!

gambar ihsan google


okay, maaf lah ya, gambar ihsan google je sebab anis terlupa nak tangkap gambar haritu huhu sebab rushing kejar waktu berbuka

tapi, menu ni selalunya umi masak dengan ikan talapia tau, uhmmmmm memang terangkat rasa dia nyummm tapi anis guna ikan kembong je tak macam dalam gambar atas guna ikan bawal 😅

Apa apa pun, korang kena try jugak sebab sedapp lagi lagi siapa yang suka makan makan pedas haaa

Selamat Mencuba okayyy 😘

Sayur Bayam Ungu Masak Lemak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuaaa 💟

Apa khabar tu? Semua sihat sihat saja? hihi alhamdulillah kalau sihatt

Anis demam selsema 2 hari lepas berjangkit dengan roomate 😷

hahahaha tapi takpe, kita kenal kekal positif! ingat selalu, dengan sakit, Allah nak kita ingat dia selalu, jadi selalu lah doa pada Dia memohon afiat dan keberkatan dalam setiap aktiviti kita.

Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang-Nya 💝

hihi okay seperti yang dijanjikan dalam post yang sebelum ni,  Anis nak share pada semua resipi sayur bayam ungu masak lemak nyummyy

sebelum tu, ada orang panggil bayam ungu, ada orang panggil bayam merah, eh confious pulak anis hahahaha tapi anis tanya roomate anis, dia panggil bayam merah ke ungu? lepastu dia kata ungu. Ha okay laa, anis ada gengg hahahahahaha

Okaylah, jom ketuk ketuk dapur dengan anisss hihi

Bahan bahan:
200g santan
Seikat bayam ungu
1 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
Garam

Bahan * lebih sedap ditumbuk, tapi kalau malas tumbuk, bawang hiris hiris aja, dan ikan bilis campak je dalam periuk hee

Cara cara
1) Panaskan santan di dalam periuk
2) Masukkan bahan bahan yang telah ditumbuk dan kacau
3) Tambah air secukupnya
4) Masukkan sayur bayam dan hirisan cili
5) Masukkan garam secukup rasa


wallaaa, siapppp 😎 mudah kan?

sedap diknonnnn

meh anis share experience anis time masak resepi ni haaa

time tu, anis google je, tapi ramai yang guna isi ikan rebus, so anis inovasikan dengan tumbuk ikan bilis. Lepastu, alhamdulillah umi kata sedapp sebab anis tumbuk bawang bawang dan ikan bilis tu, so dia berasa laa haa ayah pulak tak makan sangat tau sayur ni sebab gout katanya. Tapi sebab tergoda sebab nampak menarik, ayah jamah jugak sikit dan berikan komen yang memuaskan hihi alhamdulillahhh

korang korang jangan lupa try yaaaa

okay, selamat mencuba! 💚

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap!

Hello everyoneeee 🌻

anis excited ni haa nak share resipi kedua anis dengan uols semuaa hihi
btw minggu ni anis agak busy dengan assignment assignment dan kelas ganti huhu tapi takpe! susah susah dahulu, bersenang senang kemudian!

sooo, kepada adik adik yang berada di sekolah menengah mahupun awak awak di alam universiti, kita kena sentiasa positif dan rajin supaya kejayaan milik kita. insyaallah aminnnn

fighting semuaaaa 💪

okay harini, anis nak share resipi ayam masak merah yang mudah dan sedap dan marvellous nyummy nyummm menjilat jariii hihi

anis suka makan ayam masak merah yang ada bawang besar banyak banyak tu tau emmm sedapp hihi

oh sebelum tu, haritu tok (nenek belah ayah) anis cerita, ayam masak merah ni ada dua jenis, satu masak merah satu masak ros. So anis tanya la kan apa beza masak merah dengan masak ros. Lepastu, tok cakap beza dia, masak merah ada bawang bawang, masak ros kosong jee

So, kiranya beza ada hiasan je la kan? hahahahaha okay tak kisahlah, kiranya, mengikut ilmu dari tok, anis suka ayam masak merah la. Sebab bila kita kunyah bawang bawang tu emmmm krup krap krup krap barulah beraktiviti sikit mulut kita ya dak hahahahahaha

Okaylah, penat dah ni bebel. Jom starttt 😍

Bahan bahan:
1) Ayam 6 ketul yag telah digoreng tidak terlalu garing
2) 2 1/2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan korang, tapi cili kisar umi buat wuuuu berapi hahahaha)
3) 1 sudu kecil garam
4) 1 sudu besar gula
5) 2 sudu besar sos cili atau secukupnya
6) 2 sudu besar sos tomato  atau secukupnya
7) 2 biji bawang merah besar (hiris) (nak guna bawang holland pun boleh, tapi rumah anis takde bawang holland, so kita guna bawang besar hehe) (oh, and bawang ni iku korang, anis kan suka banayak bawang, so anis lebihkan sikit, kalau korang tak gemar sangat, boleh kurangkan ya)
8) 2 sudu besar santan

Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga masak
2) Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak.
3) Masukkan gula dan garam, kacau hingga rata.
4) Masukkan sos tomato, sos cili. Kacau
5) Kemudian masukkan santan dan sedikit air, kacau lagi.
6) Last sekali, masukkan bawang yang telah dihiris tadi dan kacau sehingga sedikit layu
7) Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dann wallaaa siapppp


haa, meh jemput tengok ayam masak merah aniss, nampak menyelerakan kan?

haritu, anis maask ayam mask merah ni dengan sayur bayam purple masak lemak (next post anis share resipi okay! nantikann 😘) untuk dinner, amboiii bertambah tambah nasi umi ayah dan adik anis hihi

anis tanya ayah, macam mana anis masak? okay tak? lepastu ayah cakap kurang sikit la kak, tak puass, nanti banyakkan sikit kuah dia ehh

amboiii, bagai di awang awangan anis dibuatnya hehehe

okay lah, anda anda semua jangan lupa try yaa dan boleh komen di ruangan komen bagi feedback pada anis okayyy

Selamat Mencuba! 💞

























Ayam Goreng ala ala KFC! Nyummmm

Bismillahirahmanirahim 🌸

Hello semuaaaa, hihi excited tak nak tau apa 1st resipi yang Anis nak share dengan korang semua!
Okay, Anis nak share cara nak buat Ayam goreng ala ala KFC! emmm sedap tauuu.

Adik bongsu Anis suka betul! Tambah tambah nasi dia makan hahahahaha alhamdulillah
So ibu ibu boleh try menu ni untuk naikkan selera anak anak
Akak akak dan adik adik pun boleh try juga untuk naikkan selera sendiri! hihi apa salahnya masak sedap sedap untuk puaskan tekak sendiri ye dok hehe

Okay jom start!

Bahan utama:
6 ketul ayam
sebiji telur

Bahan A:
1 sudu rempah kari
1 tbsp garam
1 sudu gula
black pepper secukup rasa

Bahan B (crispy part):
tepung gandum
1 sudu garam

Cara cara:
1. gaulkan bahan bahan A pada ayam dalam satu bekas
2. perap ayam yang telah digaul tadi (lagi lama, lagi sedap tau!)
3. selepas dah perap, sebelum goreng, bancuh bahan B dalam bekas lain.
4. pecahkan sebiji telur dalam ayam yang sudah diperap tadi
5. panaskan minyak
6. celup ayam yang telah disalut telur ke dalam tepung, dan goreng!


tadaaaaa, ha dah siapp nyumm nyumm nampak sedap kann

dia rasa lembut di dalam tapi crunchy crunchy di luar tauuu memang best gilaaa

soooo, jangan lupa try yaaaa 💜

Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum semuaaa 🌱 nex story from anissss hehe harap korang tak bosan lah ya baca kisah kisah dari anis ni hihi and also kora...